Friday, September 14, 2007

Ramadhan Membangunkan Ruhul Jadid

Alhamdulillah, aku merafak sembah syukur pada yg Maha Esa.
Akhirnya bertemu juga aku dengan Ramadhan 1428. Semoga Allah melimpahi rahmah dan kasih sayang Nya pada ku sepanjang bulan yang penuh barakah ini. Ingin saja aku terusan hidup bersama bulan barakah ini sepanjang tahun...

Indah sungguh program yang telah Allah swt aturkan buat makhlukNya. bermula dengan Qiyamulail, di ikuti dengan amalan sunnah bersahur, terus bertadarrus mementara menunggu azan subuh. selesai solah subuh lansung menyambung tadarrus. Pada siang harinya di hiasi denagn amalan zikrullah, solah sunat dan tadarrus. setiba masa berbuka, cukup sekar mengikut sunnah Rasulullah, secawan air dan buah kurma buat berbuka puasa, lansung solah maghrib berjemaah. sedikit alas perut di ambil sebelum ke masjid untuk solah isya' dan terawih bersama jemaah yang lain. Selepas terawih lagi sambung tilawah. Mungkin ada yang terus ke usrah dan halaqoh. tamat usrah dan halaqoh, lantas mebuat sedikit ulangkaji pelajaran dan terus bersedia untuk tidur. Sebelum tidur, berniat semga Allah bangunkan untuk qiyam esok pagi....

Beginilah hidup seorang hamba Allah pada bulan Ramadhan yang begelar da'ie. setiap detik didalam bulan Ramadhan di manfaakan untuk membangunkan ruh baru menjadikan madrasah Ramadhan sebagai medan melatih keiman. tarbiyah dzatiyah di amalkan agar diri ini beritu dekat dengan Sang Pencipta.

Ayuh para du'at muda!!! Antumul Ruhul Jadidi fi jasadil Ummah. Ayuh bangunkan Ruh Baru agar ummat ini di sinari sinar makrifatullah dan meninggalkan materialisma kebendaan. Wassalam. Salam Ramadhan Kareem. Salam Da'wah Buat Semua. Ayuh kita gerakkan da'wah dan tarbiyah.

1 comment:

Anonymous said...

Saya punya beberapa kebijaksanaan indah.

Malaysiaku Gemilang Islamku Sentiasa Terbilang

Malaysiaku Gemilang Islamku Sentiasa Terbilang