Friday, September 14, 2007

Ramadhan Membangunkan Ruhul Jadid

Alhamdulillah, aku merafak sembah syukur pada yg Maha Esa.
Akhirnya bertemu juga aku dengan Ramadhan 1428. Semoga Allah melimpahi rahmah dan kasih sayang Nya pada ku sepanjang bulan yang penuh barakah ini. Ingin saja aku terusan hidup bersama bulan barakah ini sepanjang tahun...

Indah sungguh program yang telah Allah swt aturkan buat makhlukNya. bermula dengan Qiyamulail, di ikuti dengan amalan sunnah bersahur, terus bertadarrus mementara menunggu azan subuh. selesai solah subuh lansung menyambung tadarrus. Pada siang harinya di hiasi denagn amalan zikrullah, solah sunat dan tadarrus. setiba masa berbuka, cukup sekar mengikut sunnah Rasulullah, secawan air dan buah kurma buat berbuka puasa, lansung solah maghrib berjemaah. sedikit alas perut di ambil sebelum ke masjid untuk solah isya' dan terawih bersama jemaah yang lain. Selepas terawih lagi sambung tilawah. Mungkin ada yang terus ke usrah dan halaqoh. tamat usrah dan halaqoh, lantas mebuat sedikit ulangkaji pelajaran dan terus bersedia untuk tidur. Sebelum tidur, berniat semga Allah bangunkan untuk qiyam esok pagi....

Beginilah hidup seorang hamba Allah pada bulan Ramadhan yang begelar da'ie. setiap detik didalam bulan Ramadhan di manfaakan untuk membangunkan ruh baru menjadikan madrasah Ramadhan sebagai medan melatih keiman. tarbiyah dzatiyah di amalkan agar diri ini beritu dekat dengan Sang Pencipta.

Ayuh para du'at muda!!! Antumul Ruhul Jadidi fi jasadil Ummah. Ayuh bangunkan Ruh Baru agar ummat ini di sinari sinar makrifatullah dan meninggalkan materialisma kebendaan. Wassalam. Salam Ramadhan Kareem. Salam Da'wah Buat Semua. Ayuh kita gerakkan da'wah dan tarbiyah.

Madrasah Ramadhan Membangun Ruhul Jadid

Alhamdulilah, sekali lagi kita dapat bersua dengan madrasah tarbiyah ramadhan 1448

Tuesday, September 11, 2007

Ayuh kita bangunkan Ruh Baru

Ayuhas Syabab!!!

"… antum adalah ruh baru yang mangalir di jantung umat ini, lalu menjadikan jantung itu hidup dengan Al-Quran, antum adalah cahaya baru yang bersinar, lalu menyinarkan kegelapan materialism dengan makrifatullah, antum adalah suara yang bergema dan meninggi yang memantulkan kembali seruan Rasulullah saw…"

Ya Allah, aku amat memerlukan-Mu


"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya.)!"

(Surah Ar-Rahman: 29)

Apabila laut tiba-tiba bergelombang, ombak menghempas bergulung-gulung dan angin bertiup dan berderu kencang, si nelayan akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir sahara, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, ia pun berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan dating silih berganti, maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila semua pintu ditutup di hadapan si pengemis dan lansir di labuhkan, maka mereka berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila ikhtiar sudah sampai ke penghujungnya, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila dunia yang luas in terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu terasa dihimpit oleh segala yang ditanggungnya, berserulah Oh Allah, Ya Tuhan ku!

Oh Allah, Ya Tuhan ku. Kau amat bererti buat ku. Setiap detik kehidupan ini adalah di bawah pentadbiran-Mu. Aku amat memerlukan rahmah dan kasih sayang-Mu. Ya Allah, Hadirlah dalam hidupku. Tunjukkanlah jalan keluar buat ku dari kesempitan, kesusahan dan kekurangan ini. Oh Tuhan sekalian alam, hanya kepada-Mu aku layak memohon. Ameen ya Rabbal 'alamin.


Wednesday, September 5, 2007

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Allahumma, bariklana fi rejab wa sya'ban wa balighna ila Ramadhan...
Ya Allah,
Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu...
Jadikanlah ia madrasah tarbiyah buat diriku yang alpa ini...
Ameen ya Rabbal 'alamin.

Ayuh Menjadi Amilin Da'wah wat Tarbiyah

Marilah kita iltizam dalam menlayakkan diri ini menjadi Amilin Islam dengan kateria2 berikut:

* Salimul Aqidah - Aqidah yang Sejahtera
* Qawiyul Jismi - Fizikal yang Kuat
* Sahihul Ibadah - Ibadah yang Sahih
* Matinul Khuluq - Akhlak yang Unggul
* Mutsafaqul Fikri - Berfikiran Luas/Ilmu yang Meluas
* Munadzam fi Syu'unihi - Tersusun dalam Urusan
* Haritsun ala Waqtihi - Terurus Waktu
* Nafi'un li Ghairihi - Bermanfaat bagi Masyarakat
* Qadirun ala Kasbi - Berdikari
* Mujahidun Linafsihi - Berjihad Melawan Nafsu

Insya-Allah, kita boleh!!!

Malaysiaku Gemilang Islamku Sentiasa Terbilang

Malaysiaku Gemilang Islamku Sentiasa Terbilang