Sunday, May 11, 2008

KUNCI HATI Yang TERTUTUP!


Menurut Imam Al-Ghazali :
Dalam Kitabnya Ihya’ Ulumuddin
putera.mukashah@gmail.com
http://putera-mukashah.blogspot.com/

+ Mengutamakan mujahadah – iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah SWT.

+ Menghapuskan semua sifat-sifat mazmumah – iaitu sifat peribadi yang tercela.

+ Menjauhi maksiat – iaitu perkara yang boleh mengotori hati seperti berzina, mencuri dan sebagainya.

+ Banyak bertawakal kepada Allah – iaitu pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.

+ Zuhud – iaitu meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau perkara yang melalaikan.

+ Ikhlas kepada Allah – iaitu dengan keikhlasan itu hati akan suci dan bersih lalu dipenuhi ‘nur’.

+ Membaca al-Qur’an – Selalu membacanya kerana dgnnya akan terbuka sinar hati dan akan mudah menerima ilmu.

+ Berusaha menjauhi tuntutan syaitan – Syaitan musuh no satu manusia.

+ Merujuk kepada Al-Qur’an dan Hadis – Kedua-duanya adalah sumber rujukan yang terulung dan sempurna kepada akal manusia.

+ Mengamalkan ilmu yang dipelajari – Ilmu perlu diamalkan.

No comments:

Malaysiaku Gemilang Islamku Sentiasa Terbilang

Malaysiaku Gemilang Islamku Sentiasa Terbilang