Monday, May 12, 2008

.: Eidul Fitri 2004 :.

Mukashah's 2004 Eid's Album


The Mukashah's Family


With Cousins



The Big Family


With Busu Lela

.: Eidul Fitri 2005 :.

Mukashah's 2005 Eid's Album

The Parents

The sons n daughter

The coco team

The Peach Team

The Purple Team

The Unbias Team

.: Rakaman Famili :.

Memori Keluarga Mukashah

putera mukashah, amir mukashah, munsyi mukashah, amry mukashah, naem mukashah, wardah Mohammad, shaheran mukashah, basyar mukashah n fateh mukashah.


The Mukashah's Family

me, amir , munsyi n naem


Sunday, May 11, 2008

KUNCI HATI Yang TERTUTUP!


Menurut Imam Al-Ghazali :
Dalam Kitabnya Ihya’ Ulumuddin
putera.mukashah@gmail.com
http://putera-mukashah.blogspot.com/

+ Mengutamakan mujahadah – iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah SWT.

+ Menghapuskan semua sifat-sifat mazmumah – iaitu sifat peribadi yang tercela.

+ Menjauhi maksiat – iaitu perkara yang boleh mengotori hati seperti berzina, mencuri dan sebagainya.

+ Banyak bertawakal kepada Allah – iaitu pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.

+ Zuhud – iaitu meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau perkara yang melalaikan.

+ Ikhlas kepada Allah – iaitu dengan keikhlasan itu hati akan suci dan bersih lalu dipenuhi ‘nur’.

+ Membaca al-Qur’an – Selalu membacanya kerana dgnnya akan terbuka sinar hati dan akan mudah menerima ilmu.

+ Berusaha menjauhi tuntutan syaitan – Syaitan musuh no satu manusia.

+ Merujuk kepada Al-Qur’an dan Hadis – Kedua-duanya adalah sumber rujukan yang terulung dan sempurna kepada akal manusia.

+ Mengamalkan ilmu yang dipelajari – Ilmu perlu diamalkan.

Fenomena Lemahnya Iman

Fenomena Lemahnya Iman
putera.mukashah@gmail.com
http://putera-mukashah.blogspot.com/

Sesungguhnya fenomena lemah iman termasuk sesuatu yang sudah merebak dan tersebar luas di kalangan kaum Muslimin. Sementara itu, ada sekian banyak orang yang mengadu kerana kekerasan hatinya yang diucapkan berkali-kali melalui ungkapan-ungkapan mereka, seperti; Aku merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku, Aku tidak pernah mendapatkan kenikmatan dalam beribadah, Aku merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada di dalam jurang, Aku tidak terpengaruh oleh bacaan Al-Quran dan Mengapa mudah sekali aku terjerumus ke dalam kedurhakaan?

Sesungguhnya penyakit lemah iman itu mempunyai beberapa tanda dan fenomena, di antaranya:

[Pertama] { Melakukan kedurhakaan dan dosa }
Di antara orang yang durhaka ada yang melakukan satu jenis kedurhakaan secara terus-menerus. Di antara mereka ada pula yang mengerjakan berbagai jenis kedurhakaan. Terlalu sering melakukan kedurhakaan boleh berubah menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan, seterusnya menjadikan hati sirna daripada merasa kesan buruk kedurhakaan itu, dan akhirnya pelakunya berani berbuat secara terang-terangan, sehingga dia termasuk ke dalam golongan yang disebutkan di dalam hadis ini;

“Setiap umatku mendapat perlindungan afiat kecuali orang-orang yang terang-terangan. Dan, sesungguhnya termasuk perbuatan terang-terangan jika seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, kemudian dia berada pada pagi hari, padahal Allah telah menutupinya, namun dia berkata, ‘Hai fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begini’, padahal Rabb-nya telah menutupinya, namun kemudian dia menyelak sendiri apa yang telah ditutupi Allah pada dirinya.”
[Riwayat Bukhari]

[Kedua] { Merasakan adanya kekerasan dan kekakuan hati }

Kerana perasaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun. Allah telah berfirman:

“Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.”
[Al-Baqarah: 74]

Orang yang hatinya keras tidak mampu depengaruhi dengan nasihat tentang kematian, tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang membujur. Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan mengurungnya di liang kubur, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian banyak kuburan tidak ubah langkah-langkah kakinya di antara longgokan batu.

[Ketiga] {Tidak tekun dalam beribadah}
Antara tandanya ialah tidak khusyuk serta hilang tumpuan semasa solah, membaca quran, berdoa dan lain-lain. Tidak menyemak dan memikirkan makna-makna doa, sehingga dia membacanya hanya sekadar rutin yang sudah tentu membosankan. Boleh jadi kerana doa yang dibacanya hanya terbatas kepada doa-doa tertentu sahaja, sehingga dia tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya. Padahal Allah Subha Nahu Wa Ta’ala tidak menerima doa yang dibaca hanya sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis:

“Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.”
[At-Tarmizi]

[Keempat] { Malas untuk melakukan amal taat dan ibadah serta meremehkannya.}
Kalaupun ibadah itu dilakukan, itu hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh. Allah telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya;
“Dan, apabila mereka berdiri untuk solah, mereka berdiri dengan malas.”
[An-Nisa’: 142]

Yang juga termasuk dalam kelompok perbuatan ini ialah tidak memperdulikan hilangnya tanda-tanda kebaikan dan meremehkan waktu-waktu yang tepat untuk ibadah. Hal ini menunjukkan tidak adanya perhatian seseorang untuk mendapatkan pahala daripada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Contohnya, menunda-nunda perlaksanaan haji, padahal dia mampu, mundur daripada medan peperangan dan hanya duduk di rumah sahaja, atau pun menunda-nunda ikut solah berjemaah, juga solah jumaat. Padahal Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:
“Masih ada sahaja segolongan orang yang menunda-nunda mengikuti saf pertama, sehingga Allah pun menunda keberadaan mereka di dalam neraka.”
[Riwayat Abu Daud]

Gambaran orang semacam ini, perasaannya sama sekali tidak tersentuh jika dia tertidur hingga meninggalkan solah wajib, begitu pula jika ketinggalan melakukan sunat rawatib atau wirid. Dia juga tidak berhasrat untuk menqadha atau mengganti apa yang ketinggalan itu, bahkan boleh jadi dia sengaja meninggalkan yang sunat atau fardhu kifayah. Tidak berhasrat untuk mendapatkan pahala dan tidak berhajatkannya. Gambaran ini bertentangan dengan orang-orang yang disifati Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam firman-Nya;

“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan, mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.”
[An-Anbiya’: 90]

Di antara berbagai fenomena kemalasan dalam amal taat ialah kemalasan dalam melaksanakan ibadah-ibadah rawatib, solah malam, solah dhuha atau solah-solah nafilah yang lain serta melengah-lengahkan datang ke masjid. Hatinya sama sekali tidak terketuk untuk melakukan semuanya itu, apalagi untuk mengerjakan dua rakaat solah taubah dan solah istikarah.

[Kelima] { Dada yang terasa menyesak, perubahan perilaku dan tabiat yang terbelenggu. }
Sehingga seakan-akan seseorang merasa beban berat yang menghimpitnya. Sehingga dia cepat menjadi resah dan gelisah kerana suatu masalah yang remeh sahaja, dan sirnanya rasa lapang dalam hatinya. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telah mensifati iman sebagai berikut:
“Iman itu ialah kesabaran dan kelapangan hati.”
[As-Silsilah Ash-Shahihah]

[Keenam] { Tidak tersentuh oleh kandungan ayat-ayat Al-Quran }
Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pensifatan kiamat dan lain-lainnya di dalam Al-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengarkan kandungan isi Al-Quran, dan tidak berusaha untuk membuka dirinya untuk berhubung secara langsung dengan bacaan Al-Quran. Sekiranya dia membuka mushaf, isi kandungannya tidak diperhatikan dan diberi perhatian.

[Ketujuh] { Melalaikan Allah dalam hal berzikir dan berdoa. }
Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berat bagi dirinya. Jika mengangkat tanganya untuk berdoa, maka secepat itu pula dia menelangkupkan tangannya dan menyudahinya. Allah telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya:

“Dan, mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali.”
[An-Nisa’: 142]

[Kelapan] { Tidak merasa tergugah tanggungjawab untuk beramal demi kepentingan Islam. }
Tidak mahu berusaha untuk menyebarkannya dan menolongnya. Keadaan ini berbeda jauh dengan para sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Seorang pemuda , Ibnu Amr Radhiyallahu ‘Anhu langsung beranjak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja dia masuk Islam. Tetapi majoriti orang-orang pada zaman sekarang ini hanya duduk senang dan tidak memiliki rasa tangunggjawab untuk melakukan dakwah meskipun sudah sekian lama dia sebagai seorang Muslim.

Rujukan: Obat Lemahnya Iman, Muhammad Sholih Al-Munajjid

Friday, May 9, 2008

Ghurabaa (strangers)

A unique nasyeed lyric to be pondered
putera.mukashah@gmail.com
http://putera-mukashah.blogspot.com/



Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

If you ask about us, then we do not care about the tyrants
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

We never care about the chains, rather we'll continue forever
We never care about the chains, rather we'll continue forever
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

How many times we remembered a time when we were happy
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
How many times we remembered a time when we were happy
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

The Prophet SAW said "Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

WaALLAHu'alam.
insyaALLAH let ALLAH choose us.. to be Ghurabaa'..

Monday, May 5, 2008

KENANGANKU BERSAMAMU


KENANGANKU BERSAMAMU
Oleh: PuteraMukashah
KENANAGAN INI AMAT INDAH BUAT DIRIKU
Tika itu
Aku lemah,
Aku kusut,
Aku buntu,
Aku malu,
Aku busuk,
Aku amat-amat hina disisi Dia, kau dan kalian...

Dan tika itu,
Kau beri aku tanganmu,
Kau beri aku nasihat,
Kau beri aku peluang,
Kau beri aku kepecayaan,
Kau beri aku harapan,
Kau berikan aku segala-galanya...

Dengan itu,
Aku mula tatih,
Aku mula bangun,
Aku mula sedar,
Aku mula tabah,
Aku mula kuat,
Aku mula dipecayai,
Aku mula diterima,
Aku kian sedar, tabah, kuat, dipercayai dan diterima...

Dengan kuat,
Aku melangkah,
Aku memimpin,
Aku mengemudi,
Aku bekerja,
Aku terus melangkah...

Kerana,
Aku yakin Dia bersamaku,
Aku yakin kau bersamaku,
Aku yakin teman-teman bersamaku,
Aku yakin kalian semua bersamaku,
Aku amat-amat yakin Dia juga bersama kita semua...

KALIAN ADALAH SAHABATKU DUNIA & AKHIRAT

Denai itu,
Amat panjang,
Amat sukar,
Amat payah...

Aku tahu,
Denai itu bukan segalanya,
Denai itu sekadar laluan kecil,
Laluan kearah jalan yang lebih besar dan luas...

Denai itu,
Di penuhui ranjau,
Di penuhi duri,
Di pehuni lurah,
Di penuhi ujian,
Di penuhi dugaan,
Khas buat insan terpilih seperti kau dan aku...

Setiap ranjau kita lalui bersama,
Setiap duri kita harungi bersama,
Setiap gunung kita daki bersama,
Setiap lurah kita turuni bersama,
Setiap ujian kita atasi bersama,
Setiap dugaan kita hadapi bersama,
Setiap detik-detik itu amat manis buatku....

Tapi kini,
Segalanya kian tamat,
Segalanya kian berakhir,
Segalanya kian melabuhkan tirainya...

Aku sepi,
Aku pilu,
Aku kembali buntu,
Aku kembali keseorangan,
Aku tak tahan lagi...

Aku amat sayangkan denai ini,
Aku amat sayangkan kau,
Aku amat sayangkan teman-teman,
Aku amat sayangkan kalian semua...

Tapi yang pasti,
Hidup perlu di teruskan,
Hidup perlu di perjuangkan,
Walau tanpa kau, teman-teman dan kalian di sisi...

Saat ni,
Aku hanya mampu redha,
Dengan ketentuan ini,
Aku hanya mampu pasrah,
Dengan susunan ini,
Aku hanya mampu berharap,
Saat ini berulang kembali,
Aku hanya mampu berterima kasih,
Buat insan seperti kau, teman-teman dan kalian semua...

Jazakumulahu khairan khathira,
Terima kasih banyak-banyak,
Thank you very much,
Arigato kozaiamasta,
Gracias...


Baitul ‘Izzah
Sg Chincin, Gombak,
1.15 a.m.
27th Apr 2008


p/s:

Ku nukilkan bait-bait ini buat kau, kau, JCians dan teman-teman denai itu.
Ku amat-amat inginkan detik itu kembali diharungi.
Kau, kau, JCians dan teman-teman... doakan aku terus istiqomah...

Friday, September 14, 2007

Ramadhan Membangunkan Ruhul Jadid

Alhamdulillah, aku merafak sembah syukur pada yg Maha Esa.
Akhirnya bertemu juga aku dengan Ramadhan 1428. Semoga Allah melimpahi rahmah dan kasih sayang Nya pada ku sepanjang bulan yang penuh barakah ini. Ingin saja aku terusan hidup bersama bulan barakah ini sepanjang tahun...

Indah sungguh program yang telah Allah swt aturkan buat makhlukNya. bermula dengan Qiyamulail, di ikuti dengan amalan sunnah bersahur, terus bertadarrus mementara menunggu azan subuh. selesai solah subuh lansung menyambung tadarrus. Pada siang harinya di hiasi denagn amalan zikrullah, solah sunat dan tadarrus. setiba masa berbuka, cukup sekar mengikut sunnah Rasulullah, secawan air dan buah kurma buat berbuka puasa, lansung solah maghrib berjemaah. sedikit alas perut di ambil sebelum ke masjid untuk solah isya' dan terawih bersama jemaah yang lain. Selepas terawih lagi sambung tilawah. Mungkin ada yang terus ke usrah dan halaqoh. tamat usrah dan halaqoh, lantas mebuat sedikit ulangkaji pelajaran dan terus bersedia untuk tidur. Sebelum tidur, berniat semga Allah bangunkan untuk qiyam esok pagi....

Beginilah hidup seorang hamba Allah pada bulan Ramadhan yang begelar da'ie. setiap detik didalam bulan Ramadhan di manfaakan untuk membangunkan ruh baru menjadikan madrasah Ramadhan sebagai medan melatih keiman. tarbiyah dzatiyah di amalkan agar diri ini beritu dekat dengan Sang Pencipta.

Ayuh para du'at muda!!! Antumul Ruhul Jadidi fi jasadil Ummah. Ayuh bangunkan Ruh Baru agar ummat ini di sinari sinar makrifatullah dan meninggalkan materialisma kebendaan. Wassalam. Salam Ramadhan Kareem. Salam Da'wah Buat Semua. Ayuh kita gerakkan da'wah dan tarbiyah.

Madrasah Ramadhan Membangun Ruhul Jadid

Alhamdulilah, sekali lagi kita dapat bersua dengan madrasah tarbiyah ramadhan 1448

Tuesday, September 11, 2007

Ayuh kita bangunkan Ruh Baru

Ayuhas Syabab!!!

"… antum adalah ruh baru yang mangalir di jantung umat ini, lalu menjadikan jantung itu hidup dengan Al-Quran, antum adalah cahaya baru yang bersinar, lalu menyinarkan kegelapan materialism dengan makrifatullah, antum adalah suara yang bergema dan meninggi yang memantulkan kembali seruan Rasulullah saw…"

Ya Allah, aku amat memerlukan-Mu


"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya.)!"

(Surah Ar-Rahman: 29)

Apabila laut tiba-tiba bergelombang, ombak menghempas bergulung-gulung dan angin bertiup dan berderu kencang, si nelayan akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir sahara, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, ia pun berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan dating silih berganti, maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila semua pintu ditutup di hadapan si pengemis dan lansir di labuhkan, maka mereka berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila ikhtiar sudah sampai ke penghujungnya, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila dunia yang luas in terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu terasa dihimpit oleh segala yang ditanggungnya, berserulah Oh Allah, Ya Tuhan ku!

Oh Allah, Ya Tuhan ku. Kau amat bererti buat ku. Setiap detik kehidupan ini adalah di bawah pentadbiran-Mu. Aku amat memerlukan rahmah dan kasih sayang-Mu. Ya Allah, Hadirlah dalam hidupku. Tunjukkanlah jalan keluar buat ku dari kesempitan, kesusahan dan kekurangan ini. Oh Tuhan sekalian alam, hanya kepada-Mu aku layak memohon. Ameen ya Rabbal 'alamin.


Wednesday, September 5, 2007

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Allahumma, bariklana fi rejab wa sya'ban wa balighna ila Ramadhan...
Ya Allah,
Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu...
Jadikanlah ia madrasah tarbiyah buat diriku yang alpa ini...
Ameen ya Rabbal 'alamin.

Ayuh Menjadi Amilin Da'wah wat Tarbiyah

Marilah kita iltizam dalam menlayakkan diri ini menjadi Amilin Islam dengan kateria2 berikut:

* Salimul Aqidah - Aqidah yang Sejahtera
* Qawiyul Jismi - Fizikal yang Kuat
* Sahihul Ibadah - Ibadah yang Sahih
* Matinul Khuluq - Akhlak yang Unggul
* Mutsafaqul Fikri - Berfikiran Luas/Ilmu yang Meluas
* Munadzam fi Syu'unihi - Tersusun dalam Urusan
* Haritsun ala Waqtihi - Terurus Waktu
* Nafi'un li Ghairihi - Bermanfaat bagi Masyarakat
* Qadirun ala Kasbi - Berdikari
* Mujahidun Linafsihi - Berjihad Melawan Nafsu

Insya-Allah, kita boleh!!!

Malaysiaku Gemilang Islamku Sentiasa Terbilang

Malaysiaku Gemilang Islamku Sentiasa Terbilang